Showing posts with label ceramah. majlis ilmu. tazkirah. Show all posts
Showing posts with label ceramah. majlis ilmu. tazkirah. Show all posts

Setiap Hukum Ada Hikmahnya

on Monday 23 July 2012




Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Setiap Hukum Ada Hikmahnya
Hadith :
Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya katanyarasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.”

(Muslim)

Huraian
Selaku umat Islam, kita perlu jelas bahawa setiap hukum yang dibawa oleh Islam ada kaitannya dengan kesejahteraan hidup manusia sama ada dari aspek rohani mahupun jasmani, fizikal mahupun spiritual. Setiap hukum dan larangan tersebut sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atasnya ada hikmahnya yang tersendiri. Hukum juga boleh berubah-ubah bergantung pada beberapa perkara seperti maslahah ummah dan kehendak zaman asalkan ia tidak menyalahi hukum dan batasan yang ditetapkan oleh syarak. (al-Quran dan sunnah). Sesungguhnya setiap suruhan dan tegahan agama itu bukanlah bermaksud untuk mengekang kebebasan individu. Ia sebenarnya untuk kebaikan bersama. Inilah tujuan utama Nabi Muhammad s.a.w diutuskan iaitu untuk memberi penerangan kepada manusia tentang tatacara kehidupan yang sebenar berlandaskan kehendak Islam.
Tag : , , , , ,

Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Stadium Darul Aman

on Monday 4 June 2012

Assalamualaikum sahabat sekalian :)
Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Stadium Darul Aman

Baru-baru ni ramai tertanya-tanya dimana video untuk ceramah Ustaz Azhar Idrus.. Dan hari ni saya ingin berkongsikan dengan anda semua ceramah Ustaz Azhar Idrus yang berlangsung di Stadium Darul Aman baru-baru ini..



Ternyata program ini medapat sambutan ramai apabila dikatakan 100,000 orang membanjiri stadium Darul Aman untuk melihat sendiri Ustaz Azhar Idrus di depan mata.

Bagi yang tidak dapat hadir pada hari itu, saya kongsikan kepada semua ceramah Ustaz Azhar Idrus di Stadium Darul Aman


 









Banyak perkongsian yang terdapat di dalam ceramah ini dan marilah kita bersama-sama Ulamak dalam menegakkan ISLAM :)
Tag : , , ,
 
© Muslim Says | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO